logoperaknews

banner-hitam

Mah Puas Hati Perjalanan PRK Teluk Intan

datuk mah 1 copy

Calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian di Parlimen Teluk Intan kerana tiada sebarang insiden yang tidak diingini.

Beliau yang ditemui di Pusat Media PKR Teluk Intan di Pusat Kesihatan Komuniti UKM berkata, beliau sendiri telah melawat banyak Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk melihat sendiri proses pengundian dan berjumpa para pengundi.

Menurut beliau, berdasarkan pemantauan yang dilakukannya, didapati banyak kenderaan yang datang dari Wilayah Persekutuan, Selangor dan Johor, sekaligus menunjukkan ramai pengundi luar balik untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Di samping itu, kata beliau, sehingga tengahari ini, pusat mengundi di Pasir Bedamar Barat mencatatkan peratusan pengundian kira-kira 50 peratus.

"Bagaimanapun, kita akan cuba untuk menarik lebih ramai pengundi turun untuk menunaikan tanggungjawab mereka," ujarnya.

Mah bagaimanapun menafikan dakwaan kononnya membuat kenyataan bahawa pengundi luar tidak harus menentukan masa depan rakyat yang tinggal di Teluk Intan.

Sambil menyelar portal Malaysiakini, Presiden Gerakan itu menjelaskan apa yang dimaksudkan beliau ialah pengundi yang balik mengundi perlu berbincang dengan kaum keluarga mereka yang tinggal di Teluk Intan.

Katanya, kenyataan beliau telah diputar belitkan dan hanya dipetik sebahagian sahaja.

"Itulah taktik DAP untuk mendapatkan sokongan pengundi," kata Mah yang menyerahkan nasibnya kepada para pengundi Teluk Intan.

Search

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription