logoperaknews

banner-pertabalan-small

Program Gotong-Royong Perangi Denggi di kawasan sekitar kediaman masyarakat India Zon Buntong, Ipoh berjaya membersihkan 38 kawasan pembuangan sampah haram.

Menurut Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), M. Veeran, program itu yang dianjurkan pihak MBI dengan penyertaan lebih 200 penduduk dan 80 kakitangan majlis turut membersihkan longkang dan parit yang menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes.

Beliau berkata, program tersebut yang diadakan buat kali kelima pada Ahad bertujuan menyedarkan masyarakat khususnya penduduk Buntong tentang kepentingan menjaga kebersihan kawasan bagi mengekang wabak denggi.

Katanya, menurut laporan pihak jabatan kesihatan, di kawasan Zon Buntong sahaja setakat ini telah mencatat 37 kes demam denggi.

"Apa yang dibimbangi, sekiranya tiada usaha yang berterusan dijalankan seperti mana program gotong royong pada pagi ini kemungkinan bilangan kes demam denggi akan bertambah," katanya kepada Peraknews ketika menyertai gotong royong itu di tapak warisan MBI, Zon Buntong pada Ahad.

Veeran yang juga ahli Majlis bagi zon itu dan Jelapang berkata, program gotong royong yang adakan itu turut membabitkan kerja-kerja menambak jalan dan pembersihan kawasan semak di persekitaran tapak warisan berkenaan dengan jentolak dan lima lori mengangkut sampah.

Beliau turut menasihati penduduk supaya sentiasa menjaga kebersihan di kawasan mereka dan melaporkan kepada pihak MBI sekiranya melihat kegiatan pembuangan sampah haram supaya tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, program yang sama juga akan diadakan minggu depan di kawasan Kampung Baharu dalam Zon Buntong bagi menyedarkan penduduk di kawasan terbabit tentang kepentingan menjaga kebersihan sebagai langkah memerangi wabak denggi.

Search

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription

SUARA KAMI


article thumbnail  Muizhar Yahaya, 38,Peniaga Sebagai seorang yang menjalankan bisnes, saya berharap umat Islam dapat memenuhi ibadah suci Ramadan ini dengan penuh kejujuran dan keikhlasan dalam perniagaan masing-masing. Bukan apa, cuma ada yang mengambil kesempatan...

article thumbnailKhairul Anuar Ibrahim, 43, Pegawai Pengurusan Saya harap pada tahun ini saya bersama keluarga akan dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih istiqamah dan dengan penuh kerendahan hati mengenai apa yang sudah diberikan Allah. Kami ingin lebih...

article thumbnailFaizul Rizal Zulkifli, 40, Guru Ramadan kali ini saya telah memilih untuk lebih berjimat-cermat dan mencuba sebaiknya untuk meluangkan masa memasak dan menyediakan makanan di rumah. Saya sedar kekangan masa dan tenaga sebelum ini menjadi penghalang untuk...
KoleksiSUARA KAMI