logoperaknews

KEPUTERAAN PERAKNEWS

Harga Diesel Naik Kerana Subsidi Sebelum Ini Terlalu Tinggi - Hasan Malek

IMG-20141201-WA0003

Harga runcit diesel terpaksa dinaikkan hari ini berbanding RON95 dan RON97 yang diturunkan kerana subsidi yang ditanggung kerajaan bagi bahan api terbabit sebelum ini terlalu tinggi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata walaupun pengapungan terkawal mula berkuat kuasa hari ini, harga runcit diesel tidak dapat diturunkan kerana subsidi diesel yang ditanggung sebelum ini adalah tinggi.

"Harga diesel tidak mampu diturunkan berbanding RON95 dan RON97 kerana subsidi diberikan sebelum ini terlalu banyak, malah kita terpaksa menaikkan harga runcitnya.

"Namun kenaikan sebanyak 3 sen seliter adalah kecil berbanding subsidi besar yang diberikan sebelum ini dan pengguna tidak perlu khuatir dengan kenaikan ini kerana kerajaan akan memantaunya secara bulanan," katanya selepas merasmikan Pasar Raya Besar Giant Kampar, pada Isnin.

Hasan berkata, susulan daripada penurunan harga petrol, kerajaan berharap mendapat kerjasama dari semua pihak terutama peniaga, peruncit dan pemborong agar dapat menurunkan harga barang melalui pelbagai promosi yang berskala besar.

Kerajaan hari ini menetapkan harga runcit baru bagi RON95 sebanyak RM2.26 seliter dan RON97 pada RM2.46 seliter, manakala diesel pada RM2.23 seliter.

Search

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription

SUARA KAMI


article thumbnailKAMARIAH ANAK BAI, 55, PENIAGA KOMUNITI ORANG ASLI TG SEPAT Saya harap kerajaan akan berbincang mengenai cara menarik minat golongan muda Orang Asli di negeri Perak dalam bidang pekerjaan yang lebih stabil, seperti pengurusan atau kemahiran...

article thumbnailLATIFAH ABDUL TALIB, 49,PENIAGA KRAFTANGAN Kerajaan telah menyediakan pelbagai ruang untuk penjanaan ekonomi masyarakat luar bandar namun masih ada lagi pihak yang tidak dapat menerima keseluruhan bantuan-bantuan ini. Oleh kerana ramai di antara...

article thumbnail   AMANDA YAP, 23, PEKERJA SWASTA Saya rasa ada baiknya jika wakil-wakil rakyat dapat memberi perhatian khusus kepada sistem pengangkutan awam di negeri Perak kerana buat masa ni, ianya sangat tidak teratur dan kurang memuaskan. Kualiti bas-bas...
KoleksiSUARA KAMI